Konten Isa Isarb diselar ramai, beri lelaki & wanita duduk serumah selama 77 hari?

17 May 2024 • 3:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ramai pihak kurang setuju dengan konten Isa Isarb yang terbaru susulan tularnya beberapa rakaman video memperlihatkan lelaki dan wanita bukan mahram tinggal sekali di dalam satu rumah.

Lelaki & perempuan duduk serumah tanpa ikatan?

Difahamkan, konten yang dipanggil Hero Teladan itu telah menempatkan lelaki dan perempuan tinggal serumah termasuklah tidur berhampiran dengan hanya dihadang dengan dinding sahaja.

Dalam posting yang dibuat di paltform X, ada yang mempersoalkan bagaimana peserta perempuan di dalam konten tersebut selesa tidur dikelilingi lelaki walaupun dihadang dengan dinding serta ada kamera litar tertutup (CCTV).

image is not available

Konten Isa Isarb dikenali sebagai Hero Teladan

Difahamkan, selama 77 hari mereka akan menjalani aktiviti dan tinggal bersama di rumah tersebut. Isa Isarb turut berkongsi video menjelaskan tempat tidur mereka sebelum konten tersebut dimulakan.

Difahamkan, konten berbentuk challenge tersebut akan ada penyingkiran setiap episod dan kedudukan para peserta dibuat oleh undian penonton.

Konten Isa Isarb dapat respon negatif dari netizen

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang tidak bersetuju dengan konten berkenaan. Mana tidaknya, para peserta yang terdiri dari lelaki dan perempuan itu tinggal bersama dalam satu rumah tanpa sebarang ikatan.

Menerusi video yang dikongsi juga dapat dilihat yang mereka sakan menari mengikut muzik yang dipasang walaupun ada diantara mereka memakai kopiah serta yang perempuan litup bertudung.

image is not available

Menari siap pakai kopiah tapi tinggal sekali?

image is not available

Apalah komen mak bapak budak2 tu

image is not available

Apa faedah buat macam ni?

image is not available

 

Sumber: X twtbiy