“Macam mana boleh selesa?” – Lelaki & Perempuan Tinggal Serumah Selama 77 Hari, ‘Content’ Isa Isarb Dikecam?

Entertainment
17 May 2024 • 11:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isa Isarb atau nama sebenarnya Isa Batharul Zaman merupakan seorang personaliti media sosial tempatan yang sinonim dengan content challenge serta prank di YouTube.

Pun begitu, baru-baru ini satu klip daripada salah satu content terbarunya tular dan menimbulkan ketidak selesaan netizen.

Content tersebut merupakan sebuah challenge buat beberapa orang individu yang ditempatkan di dalam sebuah rumah selama 77 hari dan akan ada penyingkiran setiap episod yang boleh diundi oleh penonton.

Dapat dilihat daripada klip tersebut terdapat beberapa set katil jenis double decker untuk peserta yang mengambil bahagian dalam rancangan tersebut.

Apa yang membuatkan ramai netizen tidak begitu setuju dengan content itu ialah kesemua peserta itu bercampur lelaki dan perempuan yang hanya berasingan ketika tidur sahaja.

Malah, dalam potongan video yang tular di media sosial itu dapat dilihat kesemua mereka menari lagu rancak termasuklah individu yang berkopiah.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, rancangan yang berjudul Hero Teladan itu sudah masuk episod ke-44 di YouTube.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.