Terima Mesej Berbaur L*cah, Ini Respons Ain Edruce: “Saya Tak Pernah Pakai Baju Jarang”

19 Jul 2024 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Ain Edruce meluahkan rasa berang apabila menerima mesej berbaur lucah daripada netizen yang tidak dikenali menerusi Instagram baru-baru ini.
 

Terima Mesej 


Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Ar Edruce, 33, menjelaskan dia tidak menyangka akan menerima komen tersebut memandangkan kandungan yang dikongsikan tidak bersifat mencolok mata. 
 
“Pada awalnya, saya tidak faham apa yang dia cuba cakap. Lepas baca mesej itu, saya terus terkejut. Sebab itulah, saya rasa marah sangat-sangat. Konten saya itu, tak adalah mencolok mata pun.
 

“Saya pernah dapat mesej macam ini dulu. Apa yang peliknya, saya tidak pernah pun memuat naik gambar yang mendatangkan benda-benda pelik macam ini. Saya pun tak faham kenapa mereka perlu hantar gambar-gambar seperti itu,” katanya ketika dihubungi Gempak.

 image is not available

Bercerita lebih lanjut, aktres drama Kekasih Paksa Rela itu mendedahkan suaminya, Amirul pernah meminta dia untuk menyekat akaun-akaun yang sering mengganggunya.
 
“Saya rasa saya tak pernah pakai baju yang jarang. Saya pun tak adalah seksi sangat tapi itulah orang masih menghantar mesej-mesej pelik macam ni.
 
“Suami saya pun baru tahu kes ini melalui IG story saya. Sebelum ini, suami saya pernah menyuruh saya untuk menyekat akaun-akaun itu. Saya pun tidak pernah buat laporan polis sebelum ini. Tapi kalau akaun itu menganggu saya dalam kehidupan sebenar, baru saya akan buat laporan polis,” jelasnya lagi. 
 


Sekadar info, Ain Edruce  telah mendirikan rumah tangga bersama Amirul Hafiz pada 13 September 2019. 
 
Hasil perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya.