Kontena hempap kereta: Pemandu treler didakwa esok

LocalPolitics
17 Nov 2024 • 6:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Bukit Tengah pada Rabu lepas akan didakwa di Mahkamah Bukit Mertajam di sini esok.

BUKIT MERTAJAM - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Bukit Tengah pada Rabu lepas akan didakwa di Mahkamah Bukit Mertajam di sini esok.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Helmi Aris mengesahkan lelaki berusia 51 tahun itu akan didakwa esok selepas tamat reman hari ini.

"Lelaki itu yang ditahan selepas kemalangan tersebut direman hingga hari ini untuk siasatan lanjut kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh daripada sebuah treler dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Bukit Tengah di sini.

Mangsa yang maut, Lee Zi Rou, 21, memandu kereta Perodua Bezza manakala Tan Chou Theng, 25, yang cedera parah adalah pemandu Honda Jazz.

Kemalangan pada 9.30 pagi itu dipercayai berlaku ketika lima kereta dan sebuah lori dari Jalan Kebun Sirih sedang berhenti di lampu isyarat simpang tiga Jalan Bukit Tengah sebelum sebuah treler kontena dari Jalan Bukit Tengah tiba-tiba membelok ke kiri. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved