Lori Kontena Terbalik, 1 Maut, Ini Kemalangan Maut Kedua Babit Lori Kontena

15 Nov 2024 • 5:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang penunggang motosikal maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah lori kontena terbalik di Kilometer 69.5, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Machap, kira-kira 7.40 pagi tadi.

Ini adalah kemalangan maut kedua membabitkan treler dalam tempoh tiga hari selepas di Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam yang menyaksikan seorang wanita terbunuh akibat dihempap kontena.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I KUP Abd Rahim Razali berkata penunggang Yamaha MT09 berusia 33 tahun itu disahkan meninggal di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Katanya, pemandu kereta Honda Civic dikesan tersepit di tempat duduk, sebelum berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) peralatan khas.

image is not available

Bagaimanapun, pemandu lori treler Volvo dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan, manakala dua lelaki dewasa yang menaiki Honda Civic mengalami kecederaan.