Kontinjen Palestin Jadi Tumpuan Ketika Acara Pembukaan Olimpik Paris 2024

Entertainment
27 Jul 2024 • 10:28 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selain kontinjen Malaysia, ramai peminat sukan tempatan juga turut menanti-nantikan kemunculan kontinjen Palestin ketika acara pembukaan sukan Olimpik di Paris pada awal pagi tadi.

Kontinjen Palestin telah menjadi tumpuan penonton ketika opening ceremony itu kerana mereka harus mendepani dua cabaran iaitu dalam acara sukan Olimpik dan juga perlu melawan keganasan yang dilakukan oleh tentera Israel.

Ketika acara pembukaan sukan berprestij tersebut di sepanjang Sungai Seine, Perancis, dapat dilihat ada wakil negara Palestin yang memakai keffiyeh iaitu fabrik khas Palestin.

Kesemua mereka juga turut mengibarkan bendera negara mereka ketika acara berkenaan.

Dari sungai ke segara, Palestine pasti merdeka!

Sumber: Bernama

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.