
Kota Kinabalu: Kontinjen Persatuan Karate Sabah (SKA) merangkul sembilan emas dan tiga gangsa pada Kejohanan Karate Antarabangsa Manuel Veguillas yang diadakan di Music Hall, SM Mall of Asia, Seaside Blvd, Pasay City, Filipina pada 25-26 Jun.
Pemenang pingat emas ialah Alvince Zurizal (kata dan kumite individu lelaki kadet -63kg), Michell Michelin Linus (kumite wanita senior -55kg), Leong Jia Chii (wanita senior -61kg), Pressy Misty Philip (wanita senior +61kg), Josvin Jase (kata individu lelaki senior), Stanley Dulian (kumite senior -55kg), Richal Mattan (kumite senior -60kg) dan pasukan kata lelaki, sementara gangsa disumbangkan oleh Vellcarollyne Agustine (kata individu wanita senior), Iqmal Jafar (kumite lelaki senior -67kg), Muhd Aiman Azlan (kumite lelaki senior +75kg).
Setiausaha Agung SKA, Julian Chin, yang tidak menetapkan sebarang sasaran emas untuk pasukan terdiri daripada 14 atlet yang bakal bersaing di temasya Sukma itu, gembira dengan keputusan tersebut.
“Keputusan itu tidak dijangka dan kami sangat gembira untuk mereka. Bagaimanapun, mereka mesti terus kekal fokus kerana persiapan untuk menghadapi Sukma masih berjalan.
“Masih banyak kerja yang perlu dilakukan kerana jurulatih Danny (Fredoline) memaklumkan kepada saya bahawa mereka perlu tingkatkan kemahiran teknikal mereka dan kami akan cuba yang terbaik untuk memperbaiki segala kelemahan sebelum temasya sukan itu bermula pada September,” katanya pada Isnin.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
