Kontrak CEO, ketua jurulatih Harimau Malaya, B-23 ditamatkan - FAM

LocalFootball
18 Jun 2026 • 12:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kontrak CEO, ketua jurulatih Harimau Malaya, B-23 ditamatkan - FAM
FAM pada Khamis mengumumkan kontrak Rob Friend (kiri), Peter Cklamovski (tengah) dan Nafuzi Zain ditamatkan.

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) pada Khamis mengumumkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob Friend ditamatkan melalui persetujuan antara beliau dan badan induk itu berkuat kuasa 1 Jun.

FAM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kontrak ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski dan dua staf teknikal skuad senior, iaitu Matthew Smith dan Seiya Imazaki juga ditamatkan atas persetujuan bersama-sama berkuat kuasa 16 Jun.

Selain itu, turut ditamatkan atas alasan sama ialah kontrak ketua jurulatih pasukan Bawah-23 negara, Nafuzi Zain dan jurulatih penjaga gol, Mohd Yazid Mohd Yassin berkuat kuasa 15 Jun.

"FAM menghormati keputusan yang dibuat dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan bersama-sama pasukan kebangsaan.

"Bagi memastikan kelancaran hala tuju dan kesinambungan program pasukan kebangsaan, FAM sedang mengambil langkah sewajarnya berhubung pengisian jawatan berkenaan. Sebarang perkembangan lanjut mengenai pasukan kebangsaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved