Kontrak Kaka Azraff Bersama Warner Music Ditamatkan Gara-gara Lantang Sokong Palestin, Kritik Israel?

Entertainment
3 Dec 2023 • 5:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Kontrak penyanyi terkenal, Kaka Azraff bersama syarikat rakaman, Warner Music didakwa telah ditamatkan hanya kerana kelantangannya menyokong Palestin dan menentang kekejaman rejim Zionis.

Ianya selepas penularan satu surat rasmi bertarikh 1 Disember didakwa dikeluarkan oleh Warner Music Malaysia berhubung penamatan kontrak Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff yang akan berkuat kuasa 31 Disember ini.

Difahamkan kandungan di dalam surat tersebut turut menyebut bahawa pelantun lagu Bawaku Pergi itu masih perlu memenuhi setiap acara seni yang sudah diatur oleh syarikat rakaman walaupun selepas kontraknya tamat, lapor Kosmo.

Didakwa diberi amaran tidak keluar komen yang calarkan imej Warner Music

Tambah laporan sama, dia juga turut diberi amaran supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen yang boleh mencalarkan imej Warner Music Malaysia dan pihak-pihak berkaitan.

Namun sejauh mana kebenaran perkara tersebut masih belum diketahui malah cubaan kami untuk mengesan surat tersebut tidak berjaya.

Memetik laporan Utusan pula, Kaka yang dihubungi juga enggan mengulas selain meminta agar diberikan ruang.

Dia bagaimanapun dilihat masih terus memuat naik hantaran menyokong perjugan rakyat Palestin di IG Story miliknya.

Nama Kaka ‘lesap’ dari senarai artis Warner Music Malaysia

Menerusi semakan kami, nama Kaka juga tidak lagi disenaraikan sebagai artis di bawah naungan Warner Music Malaysia.

Antara artis tempatan yang masih bernaung di bawah Warner Music Malaysia adalah Alif Satar & The Locos, Andi Bernadee, Bunga, Janna Nick dan banyak lagi.

image is not available
Tangkap layar senarai baharu artis tempatan di bawah Warner Music Malaysia

image is not available
Tangkap layar senarai terdahulu yang dimuat naik akaun Instagram berkenaan.

Terdahulu akaun media sosial Kaka menjadi sasaran serangan orang Israel dan juga netizen yang pro-Israel selepas penyanyi itu dilihat lantang mengritik rejim penjajah itu.

Ianya mula tercetus selepas sebuah akaun Instagram, ‘Jew Hate Databasedmendedahkan butiran peribadi Kaka selain komen berbentuk kecaman yang ditulis penyanyi itu kepada influencer dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic.

Malah mereka turut memperkenalkan Kaka sebagai penyanyi di bawah naungan Warner Music Malaysia.

“Kerana Israel adalah orang yang memulakan (perang). Israel mencuri tanah mereka dan kini bertindak seperti mereka mangsa?

“Orang sakit. Hitler sepatutnya membunuh semua Israel!” tulis Kaka di dalam posting yang tular itu.

image is not available

Penyokong Israel kemudiannya mula menyebut (tag) syarikat induk Warner Music dan menggesa agar kontrak penyanyi itu ditamatkan.

Sebagai rekod, syarikat induk Warner Music pada Oktober lalu ada memuat naik satu posting menyokong Israel. Bukan itu sahaja, hantaran tersebut turut menggelarkan Hamas sebagai pengganas.

Source: