Kontrak Rakaman Kaka Azraff Bersama Label Mungkin Terjejas Gara-gara Selar Israel?

Entertainment
2 Dec 2023 • 12:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebagai rakyat Malaysia, kita menyelar tindakan Israel yang saban tahun menyerang rakyat Palestin. Pelbagai solidariti dan sumbangan yang telah kita salurkan bagi menzahirkan sokongan kita kepada mereka. Tidak kurang juga golongan selebriti dan artis tempatan mahupun antarabangsa, mereka juga turut sama bersuara mengenai isu kemanusiaan ini.

Terkini, penyanyi tempatan, Kaka Azraff dilaporkan dilaporkan bahawa kontrak rakamannya bersama Warner Music bakal ditamatkan gara-gara kelantangannya menyelar tindakan kejam tentera Israel kepada penduduk Palestin di Gaza.

image is not available

Memetik laporan Kosmo!, dakwaan kontrak rakaman Kaka yang bakal terjejas itu tercetus selepas penyanyi itu memberi komen dan mengecam seorang warga Australia, Nathaniel Buzolic, pelakon pro-Israel.

Beberapa minggu lalu, Kaka telah meninggalkan komen seperti berikut. Harap maklum, komen ini telah diterjemah bagi memudahkan pemahaman pembaca.

image is not available

Kerana Israel adalah orang yang memulakan (perang). Israel mencuri tanah mereka dan kini bertindak seperti mereka mangsa? Orang sakit. Hitler sepatutnya membunuh semua Israel!”

Susulan komen yang ditinggalkan itu, identiti Kaka telah diselidik oleh pengguna-pengguna pro-Israel di Instagram dan maklumat peribadinya turut didedahkan. Mereka telah melakukan background check terhadap Kaka dan turut menyenaraikan Kaka sebagai salah seorang ‘Jew Hater’.

image is not available image is not available

Untuk rekod, pada 13 Oktober yang lalu, syarikat induk Warner, Warner Music Group telah menyatakan sokongan terhadap Israel dan turut melabel Haman sebagai kumpulan pengganas.

Walau bagaimanapun, sumber memaklumkan Kaka Azraff tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan spekulasi ini. Pihak Warner Music Malaysia juga turut memberikan sebarang gambaran mengenai masa depan Kaka bersama mereka setakat artikel ini ditulis.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.