Kontraktor digesa teroka sektor pengurusan fasiliti

LocalBusiness & Finance
18 Aug 2026 • 2:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kontraktor digesa teroka sektor pengurusan fasiliti

SEBERANG PERAI – Kontraktor tempatan digesa meneroka sektor pengurusan fasiliti (FM) dan penyelenggaraan yang semakin berkembang, apabila merekodkan 1,541 projek bernilai RM39.59 bilion di seluruh negara sepanjang 2023 hingga 2025.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkembangan itu menunjukkan kepentingan pengurusan dan penyelenggaraan aset kini semakin mendapat perhatian, sekali gus membuka ruang kepada lebih ramai kontraktor untuk menceburi bidang berkenaan.

Menurutnya, sebanyak 468 kontraktor kini berdaftar di bawah pengkhususan F01 dan F02 bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan.

“Sektor ini wajar diberi perhatian kerana industri pembinaan bukan hanya berkaitan membina sesuatu struktur, sebaliknya aspek penyelenggaraan perlu diberi penekanan bagi memastikan aset dapat bertahan lebih lama.

“Ini peluang yang perlu direbut oleh pelbagai kontraktor untuk menceburi pengurusan fasiliti, dan bukan hanya kita terlibat dalam pembinaan, kita juga perlu terlibat dalam penyelenggaraan.

“Penyelenggaraan adalah peluang perniagaan yang kadang-kadang dilupakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kontraktor 2026: NexGen Builders – Pembina Generasi Baharu di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena di sini, hari ini.

Ahmad berkata, jumlah kontraktor pembinaan yang berdaftar dengan CIDB kini mencecah 136,824 daripada gred G1 hingga G7, menunjukkan terdapat ruang untuk lebih ramai pemain industri memperluaskan bidang kepakaran mereka kepada pengurusan fasiliti. – KOSMO! ONLINE

The post Kontraktor digesa teroka sektor pengurusan fasiliti appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved