Kontraktor ‘kantoi’ buat tuntutan palsu projek RM5 juta

LocalPolitics
8 Sep 2026 • 11:37 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kontraktor ‘kantoi’ buat tuntutan palsu projek RM5 juta

JOHOR BAHRU – Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengemukan dokumen palsu bagi mendapatkan projek menurap jalan dan menaik taraf sistem perparitan di sebuah Felda berjumlah RM5 juta, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Wan Shahrinizam Wan Ibrahim, 50, mengaku salah bagi dua pertuduhan selepas kesemua pertuduhan dibacakan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim N. Kanageswari.

Kanageswari menjatuhkan hukuman denda RM20,000 bagi dua pertuduhan selain turut memerintah tertuduh menjalani hukuman penjara selama tiga bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh bayar denda.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa secara tidak jujur menggunakan satu dokumen yang diketahui palsu sebagai tulen iaitu penyata akaun bank bagi bulan November 2022 sehingga Januari 2023 milik sebuah syarikat yang mana telah mengarahkan seorang pegawai untuk mengemukakan dokumen tersebut ke dalam Sistem e-Perolehan Felda.

Perbuatan itu bagi permohonan bagi mendapatkan projek menurap semula permukaan jalan kampung dan menaik taraf sistem perparitan di Felda Ciku 3, Gua Musang, Kelantan berjumlah RM5 juta.

Manakala bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh secara tidak jujur mengemukakan dokumen yang diketahui palsu sebagai tulen iaitu Surat Setuju Terima Tender bagi kerja-kerja menurap semula dengan premix dan membaik pulih sistem perparitan di Jalan Parit Yaani dan Parit Botak, Batu Pahat serta kerja-kerja berkaitan yang mana tertuduh mengarahkan pegawai sama untuk mengemukakan dokumen tersebut ke dalam sistem sama bagi permohan sama.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Jalan Watan, Taman Desa 3, Parit Setongkat, Muar pada Februari 2023.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan menerima representasi sebagai ‘Take Into Consideration’ (TIC) terhadap satu lagi pertuduhan berkaitan yang dikemukakan peguam Azalea Nazihah dan Muhammad Denial mengikut 171A Kanun Tatacara Jenayah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irna Julieza Maaras.-KOSMO! ONLINE

The post Kontraktor ‘kantoi’ buat tuntutan palsu projek RM5 juta appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved