Kontraktor rugi RM135,505 angkara sindiket pelaburan tidak wujud

LocalBusiness & Finance
30 Dec 2024 • 6:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang kontraktor terpaksa berputih mata apabila kerugian RM135,505 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud secara dalam talian. Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU - Seorang kontraktor terpaksa berputih mata apabila kerugian RM135,505 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa seorang lelaki berusia 60 tahun, telah berkenalan dengan seorang wanita di aplikasi WhatsApp pada 22 November.

Beliau berkata, suspek memujuk mangsa yang berasal dari Chendering untuk menyertai satu skim pelaburan, dengan dijanjikan pulangan keuntungan lumayan.

"Sepanjang tempoh perkenalan, mangsa membuat 11 kali transaksi ke empat akaun berlainan mengikut arahan suspek, dengan jumlah keseluruhan RM135,505.

"Bagaimanapun, setelah menunggu sekian lama mangsa tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan dan membuat laporan polis petang semalam,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved