Kontraktor Rumput Palsu Dedah Sahabat Lama Che Ta Bayarkan Hutang Senyap-Senyap

LocalEntertainment
14 Dec 2024 • 3:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
che ta

Pelakon popular Rozita Che Wan atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta, kini menjadi bualan ramai selepas isu hutang hampir RM1 juta dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Terbaru, Harian Metro melaporkan selepas isu tersebut, netizen di Instagram mempersoalkan mengenai dakwaan hutang dengan seorang kontraktor pula.

Che Ta didakwa hutang kontraktor?

image is not available

Komen pedas dari seorang pengguna berbunyi:

Kesian kepada kontraktor-kontraktor yang awak tak bayar kerja mereka itu, makcik. Tak takut azab neraka ke?”

Pelakon kelahiran Utara, Che Ta tidak berdiam diri dan membalas dengan tegas dakwaan yang dikemukakan individu terbabit.

Kontraktor mana yang saya berhutang itu? Ada bukti ke?”

Difahamkan, dakwaan hutang kontraktor ini timbul susulan satu hantaran dari seorang individu dalam bidang pemasangan rumput palsu.

Rakan Che Ta bantu langsaikan hutang kontraktor

image is not available

Terbaru, kontraktor dikenali sebagai BaNi Rahman bertindak memadam hantaran berkenaan kerana hutang telah dilangsaikan.

Menurut kontraktor ini, sahabat baik Che Ta iaitu Mohamad Anas Zahrin membuat bayaran berkenaan secara senyap-senyap kepadanya tanpa pengetahuan Che Ta.

image is not available

Beliau meluahkan rasa syukur dan akan menggunakan wang tersebut melangsaikan hutang staf yang tertunggak.

#OhmediaNasihat

Alhamdulilah selesai satu isu. Kes ini menunjukkan pentingnya peranan sahabat baik yang membantu menyelesaikan masalah tanpa menimbulkan lebih banyak isu. Kita juga diajar untuk menyelesaikan hutang dengan segera bagi mengelakkan fitnah dan menjaga hubungan baik.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro