Tak Bayar Duit Kontraktor, Kawan Baik Tolong ‘Setelkan’ Hutang Rozita Che Wan

LocalEntertainment
14 Dec 2024 • 3:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, muncul dakwaan mengatakan pelakon dan usahawan Rozita Che Wan tidak membayar wang kontraktor bagi kerja pemasangan rumput palsu di kediamannya.

Kontraktor yang dikenali sebagai Bani Rahman itu kemudian memadam kenyataan itu di media sosialnya setelah rakan baik Rozita, Mohamad Anas Zahrin menolong pelakon itu untuk membayar hutang berjumlah RM7,000 itu.

Kata Bani, Anas telah membayar wang berkenaan dan memuji sikap lelaki itu yang menolong sahabat yang berada dalam kesusahan.

Syukur Alhamdulillah dia (Anas) dah tolong selesaikan bayaran sebanyak RM7,000 kepada saya. Allahu betul tak sangka. Ini betul sahabat dunia akhirat. Tak pernah lagi jumpa kawan-kawan macam ni, bukan senang nak dapat sahabt baik macam ni.

Sudi tolong Rozita waktu dia tengah susah. Diam-diam pula tu tanpa pengetahuan dia. Terima kasih banyak tuan Anas Zahrin sudi selesaikan bayaran ini. Moga tuan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Terdahulu, Bani memaklumkan dia telah diupah Rozita untuk memasang rumput tiruan di kediamannya.

Namun sehingga ke peringkat akhir, Bani terkejut apabila pelakon itu dilihat memanggil syarikat lain untuk memasang rumput di rumahnya atas alasan ia ditaja oleh syarikat itu.

image is not available

image is not available

image is not available

Bani kemudian meluahkan rasa kesal kerana upah kerjanya selama seminggu berulang alik dari Melaka serta kos barang sudah digunakan tidak dilayan oleh pelakon itu sehingga ia menjadi tular di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 days ago

"Zakat Dia Sebulan Dah Beratus Ribu.." - Individu Nafi Che Ta Suka Berhutang, Anggap Macam Kakak Sendiri