Granit Xhaka dan Breel Embolo dibenarkan semula mewakili skuad kebangsaan Switzerland menjelang jendela perlawanan di bawah kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bulan hadapan.
"Persatuan Bolasepak Switzerland (SFV) telah meneliti kes tersebut secara menyeluruh dan membuat kesimpulan untuk menamatkan siasatan dengan mengambil kira kesan dari sudut sukan (terlepas empat perlawanan antarabangsa pada bulan September dan Oktober) adalah wajar," kata badan induk itu dalam satu kenyataan.
Kedua-dua pemain itu sebelum ini terpalit isu mengemukakan sijil vaksinasi Covid-19 palsu sewatu penularan wabak tersebut, sekali gus digantung daripada beraksi bersama pasukan negara pada penghujung bulan lalu.
Xhaka dan Embola mengakui kesalahan tersebut dan menjalani hukuman dengan hati terbuka.
Granit Xhaka und Breel Embolo ab November wieder für die Nati berücksichtigt ℹ️ Granit Xhaka et Breel Embolo à nouveau pris en compte pour la sélection nationale dès novembre Granit Xhaka e Breel Embolo nuovamente presi in considerazione per la Nazionale a partire da novembre ➡️ https://t.co/POlH6zxqBR
— 🇨🇭 Nati (@nati_sfv_asf) October 27, 2026
Mereka berdua turut diarah membayar denda RM739,695 yang pelaksanaannya digantung sepanjang tempoh percubaan dua tahun.
SFV dan Xhaka bersetuju bahawa dia tidak akan menyertai perlawanan UNL pada bulan Oktober menentang Scotland, Slovenia, dan Macedonia Utara, selepas pemain tengah itu mengakui telah mendapatkan sijil palsu bagi membolehkannya melakukan perjalanan dan bertanding pada tahun 2022.
