
Kontroversi Final Piala Dunia Takraw, Ini Kenyataan Rasmi Daripada ISTAF
Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) hari ini mengeluarkan satu kenyataan bagi menjelaskan kontroversi yang tercetus dalam perlawanan akhir Regu Berpasukan Lelaki antara Malaysia dan Thailand pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF Kuala Lumpur 2026, semalam.
Menurut ISTAF, keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan berhubung kesalahan melanggar garisan tengah terhadap seorang pemain Thailand adalah selaras dengan Undang-undang Permainan ISTAF.
Pasukan Thailand telah memohon semakan cabaran terhadap keputusan tersebut, namun dimaklumkan oleh pengadil perlawanan bahawa kesalahan melanggar garisan tengah tidak termasuk dalam skop prosedur Sistem Semakan Cabaran semasa.
ISTAF keluarkan kenyataan, beri penjelasan kontroversi final takraw Malaysia vs Thailand
“Walaupun beberapa penjelasan dan nasihat telah diberikan oleh pegawai perlawanan, pasukan Thailand enggan meneruskan perlawanan dan tidak kembali ke gelanggang dalam tempoh masa yang dibenarkan di bawah peraturan pertandingan.
“Selaras dengan Buku Panduan Teknikal ISTAF dan peraturan pertandingan, pengadil perlawanan kemudiannya mengisytiharkan perlawanan tersebut sebagai kemenangan percuma dan memberikan keputusan tersebut kepada Malaysia,” kata ISTAF.
Baca juga:
AS, Iran Hampir Meterai Perjanjian Buka Semula Selat Hormuz
Final Piala Dunia Takraw Bertukar Kecoh, Penolong Pengurus Skuad Thailand 'Bersuara' Di Fb
NOAA Ramal Super El Nino Berpotensi Terjadi, Bawa Kesan Tak Pernah Dilihat Sebelum Ini
Pandan Kini Parlimen Angkat PM Anwar, Tengku Zafrul Pegawai Pemantau - Amirudin
Menurut badan induk sepak takraw dunia itu lagi, semua pengadil ISTAF telah diamanahkan untuk menjalankan tugas mereka secara profesional, adil dan bebas, selaras dengan Undang-undang Permainan.
Sekiranya mana-mana pasukan yang bertanding tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan ketika pertandingan, saluran yang betul seperti yang diperuntukkan di bawah peraturan adalah melalui prosedur bantahan rasmi dan bukannya dengan enggan meneruskan permainan.
“Memandangkan perkara ini melibatkan disiplin pertandingan serta tingkah laku pegawai dan pemain ketika perlawanan akhir antarabangsa, kes ini telah dirujuk kepada badan disiplin berkaitan untuk semakan lanjut.
“ISTAF kekal komited dalam melindungi integriti sukan ini, profesionalisme pengadilan serta semangat permainan adil dalam semua pertandingan yang disahkan oleh ISTAF.”
