Konvensyen Tahunan GRS 2026 fokus PRU16

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 3:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Konvensyen Tahunan GRS 2026 fokus PRU16

PETALING JAYA: Konvensyen Tahunan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang julung kali diadakan di Dewan Tun Mustapha, Kudat, Sabah akan menjadi medan pengukuhan strategi politik dan kesiapsiagaan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, konvensyen itu juga akan menilai kemajuan agenda pembangunan rakyat dan negeri berteraskan Manifesto GRS, khususnya pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Katanya, ia dijangka menghimpunkan hampir 3,000 peserta dan pemerhati yang mewakili kesemua 26 Parlimen di Sabah, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata, penganjuran di Kudat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) GRS supaya tidak hanya berpusat di Kota Kinabalu, sebaliknya diadakan secara bergilir di daerah lain, tertakluk kepada kesesuaian logistik.

Selain ucapan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, konvensyen turut menampilkan sesi perkongsian enam timbalan pengerusi yang mewakili kepimpinan utama enam parti komponen gabungan berkenaan.

“Konvensyen itu menjadi wadah menghimpunkan kepimpinan pusat dan pimpinan utama bahagian bagi membincangkan strategi politik serta menilai kemajuan agenda pembangunan negeri.

“Kepimpinan parti di peringkat akar umbi yang tidak dapat menghadiri konvensyen secara fizikal juga berpeluang mengemukakan pandangan dan maklum balas secara dalam talian menerusi platform yang disediakan Sekretariat Ibu Pejabat GRS,” katanya. – UTUSAN

The post Konvensyen Tahunan GRS 2026 fokus PRU16 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved