Konvoi Mat Motor: Tindakan ADUN Kelantan sangat tidak bertanggungjawab - Anthony Loke

LocalPolitics
25 Apr 2026 • 3:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anthony Loke

PUTRAJAYA - Tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan untuk menganjurkan konvoi Mat Motor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kota Bharu, Kelantan merupakan suatu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, kawasan lapangan terbang merupakan kawasan strategik dan keselamatan perlu dipelihara sepanjang masa untuk memastikan perjalanan penumpang lancar dan tidak terganggu.

"Sekiranya terdapat sebarang kesesakan yang menyebabkan penumpang terlepas penerbangan mereka, adakah pihak penganjur bertanggungjawab untuk membayar pampasan tiket penerbangan mereka?

"Sebarang konvoi bermotor juga sepatutnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa. Adakah pihak penganjur telah mendapat kelulusan?" katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Bagi menjamin keselamatan dan kelancaran operasi di LTSIP, Anthony berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis trafik untuk mengadakan sekatan jalan raya petang ini.

Langkah berkenaan, katanya bertujuan memeriksa semua motosikal yang memasuki kawasan lapangan terbang petang ini tanpa pengecualian termasuk mana-mana Yang Berhormat (YB) yang membawa motor.

Media sebelum ini melaporkan satu program konvoi motosikal dan sesi lepak santai bersama wakil rakyat Kelantan akan diadakan hari ini dengan lokasi tumpuan termasuk bangunan baharu LTSIP. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved