Demikian penjelasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud apabila 'Konvoi dan Lepak Anak Muda Bersama YB YB' anjuran Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Pemuda Pas Kelantan mendapat kecaman hebat di media sosial susulan atur cara program terbabit menyatakan antara lokasi yang akan dikunjungi ialah LTSIP Pengkalan Chepa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777259/edisi/kelantan/konvoi-kena-kecam-kami-lalu-depan-ltsip-tak-masuk-dalam---wan-rohimi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PengkalanChepa #LTSIP">
KOTA BHARU - "Kami lalu sahaja depan LTSIP (Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra) Pengkalan Chepa, tidak masuk ke kawasan dalam."
Demikian penjelasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud apabila 'Konvoi dan Lepak Anak Muda Bersama YB YB' anjuran Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Pemuda Pas Kelantan mendapat kecaman hebat di media sosial susulan atur cara program terbabit menyatakan antara lokasi yang akan dikunjungi ialah LTSIP Pengkalan Chepa.
**media[3502254]**
Perkara tersebut bukan sahaja menjadi tumpuan warganet yang tidak bersetuju dengan tindakan terbabit tetapi turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang mengarahkan sekatan jalan raya dilakukan oleh pihak berkuasa pada Sabtu.
Perkara itu menjadi isu apabila ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim membangkitkan isu 'mat rempit' yang berlaku di LTSIP Pengkalan Chepa semasa sidang DUN pada Selasa dimana Wan Rohimi menyanggah kenyataan tersebut.
Ia semakin menjadi perhatian apabila Wan Rohimi pada Khamis mengajak anak muda untuk sama-sama menyertai konvoi bermotosikal pada Sabtu sekitar jam 5 petang bermula dari Kota Lama-LTSIP Pengkalan Chepa - Bandar-belakang AEON Mall.
**media[3502348]**
Menurut Wan Rohimi, pihak penganjur sejak awal telah memaklumkan kepada pengurusan lapangan terbang bahawa konvoi berkenaan hanya melalui laluan hadapan premis berkenaan tanpa memasuki kawasan dalam.
"Kita tak masuk. Kita menghormatilah sebab kita tahu bila masuk LTSIP ini bila ia tertutup, gema enjin dengan ekzos itu pun sudah kacau, berlaku ganggu yang teruk.
"Lalu saja, kita pilih awal-awal. Wakil LTSIP ada hubungi wakil kita....kita kata kita tak masuk lapangan terbang. Kita lalu saja. Pelan asal kita lalu, pergi Masjid Pulau Gajah, kita nak pusing U saja lepas tu balik. Tapi oleh kerana menteri campur tangan arahkan sekatan jalan, itu jadi jauh tu.
"Kita pergi Semut Api, keluar di kem askar, masuk ikut kilang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lembah Sireh di sini pada Sabtu.
Ujar beliau, perubahan laluan terpaksa dibuat selepas sekatan jalan raya dilaksanakan sehingga menyebabkan jarak perjalanan meningkat daripada kira-kira 21 kilometer (km) kepada lebih 50km.
Beliau mendakwa konvoi tersebut tetap berjalan lancar walaupun berdepan beberapa sekatan dan menyifatkan kehadiran peserta melebihi jangkaan awal.
"Dengan notis singkat, sambutan sangat ramai. Saya anggarkan lebih 500 motosikal menyertai program ini, malah ada peserta datang berdua menaiki sebuah motosikal," katanya.
**media[3502268]**
Menurut Wan Rohimi, tujuan utama program tersebut adalah untuk mendekati golongan muda khususnya komuniti penunggang motosikal selain menepis tanggapan negatif yang dilemparkan terhadap mereka susulan isu yang tular sebelum ini.
Tambahnya, segelintir tindakan tidak bertanggungjawab tidak seharusnya dijadikan gambaran kepada keseluruhan anak muda di Kelantan kerana majoriti hanya hadir untuk beriadah, bergambar dan beramah mesra.
Tinjauan Sinar Harian di LTSIP Pengkalan Chepa sekitar jam 5 petang mendapati, konvoi yang diketuai Wan Rohimi itu hanya melalui hadapan lapangan terbabit kemudian menuju ke Semut Api, kawasan kilang dan tamat di Lembah Sireh.
Sepanjang jalan dari Bandar Kota Bharu ke LTSIP Pengkalan Chepa terdapat kira-kira lima sekatan jalan raya (SJR) dilakukan pihak berkuasa.
Media sebelum ini melaporkan tindakan beberapa ADUN Kelantan untuk menganjurkan konvoi Mat Motor ke LTSIP di Kota Bharu merupakan suatu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab, kata Anthony.
Beliau berkata, kawasan lapangan terbang merupakan kawasan strategik dan keselamatan perlu dipelihara sepanjang masa untuk memastikan perjalanan penumpang lancar dan tidak terganggu.





