Konvoi Merdeka Isuzu 2024: Lebih 3,000 Pemilik Isuzu D-Max Serta

LocalCars
6 Sep 2024 • 1:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Para pemilik Isuzu D-Max tidak melepaskan menyertai Konvoi Merdeka Isuzu 2024 sempena meraikan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-67, baru-baru ini.

Seramai kira-kira 3,300 peserta melibatkan sebanyak sekitar 900 unit Isuzu D-Max berkumpul di 36 cawangan Isuzu di seluruh negara.

image is not available

Mereka berkumpul dari Alor Setar hingga ke Keningau, sebelum berkonvoi ke destinasi pilihan di kawasan masing-masing.

Difahamkan, Konvoi Merdeka Isuzu 2024 itu diteruskan memandangkan Konvoi Merdeka 66 yang berlangsung tahun lalu mendapat sambutan cukup menggalakkan kerana menerima penyertaan sekitar 600 buah D-Max.

Bercakap mengenai perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, susulan daripada kejayaan Konvoi Merdeka 66, pemilik D-Max ada menyuarakan supaya mengadakan program yang sama pada masa akan datang.

image is not available

“Jadi sebab itu, kami berhasrat untuk meneruskan lagi aktiviti berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved