RANAU: Semangat patriotisme dan perpaduan terserlah apabila 16 kenderaan pacuan empat roda bersama 42 motosikal menyertai konvoi sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 di Timbua, Ahad lalu.
Program yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 3 petang itu merentasi 15 buah kampung, termasuk Kg Lobou Baru, Kg Kembiroi, Kg Merungin, Kg Pinampadan, Kg Tarawas dan Kg Tinutuan.
Konvoi ini dianjurkan bersama oleh Kelab Motosikal Timbua (TMC), Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Ranau, Komuniti Madani Zon Kundasang serta Kelab Sukarelawan Mesilou (MEVOC).
Ratusan penduduk setempat tidak melepaskan peluang berbaris di tepi jalan untuk bersorak, melambai bendera dan meraikan acara berkenaan bersama peserta konvoi.
Pengerusi Penganjur merangkap Presiden TMC, Mohd Sably Kaimin, berkata konvoi itu bukan sekadar aktiviti berkonvoi tetapi lambang penyatuan masyarakat.
“Kami berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia menyatukan rakyat dan mengingatkan kita tentang semangat patriotisme bersama,” katanya.
Sementara itu, Presiden MEVOC, Samsul Sinun, menekankan kepentingan keharmonian nasional.
“Kekuatan sesebuah negara terletak pada rakyatnya. Kuasa sebenar hadir apabila warganya hidup aman dan harmoni,” ujarnya.
Kejayaan penganjuran konvoi ini turut disumbang oleh sokongan belia Timbua, jawatankuasa penganjur dan para sukarelawan.
Penghargaan khusus diberikan kepada Mohd Sably, PM Handdy serta semua pihak yang membantu menjayakan program tersebut.
Seorang peserta dari MEVOC Kundasang pula meluahkan rasa syukur kerana dapat bersama dalam acara bersejarah itu.
“Alhamdulillah, kami merasai kegembiraan dan semangat patriotik masyarakat di Timbua. Harapan kami agar ia terus dianjurkan pada tahun depan,” katanya.
Dengan sambutan hangat serta penyertaan penuh semangat, konvoi ini membuktikan bahawa roh perpaduan, keamanan dan kasih sayang terhadap tanah air terus subur dalam kalangan masyarakat.