'Konvoi' tujuh kenderaan bawa 50 PATI Myanmar ditahan

LocalPolitics
8 Apr 2026 • 2:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Cubaan menyeludup masuk 50 PATI warga Myanmar menggunakan tujuh kenderaan gagal apabila semuanya ditahan di Kampung Buloh Poh, Melor, Kota Bharu pada Rabu. Foto:PGA

KOTA BHARU - Cubaan menyeludup masuk 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar menggunakan tujuh kenderaan gagal apabila semuanya ditahan dalam operasi Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Buloh Poh, Melor di sini pada Rabu.

Komander Briged Tenggara PGA Senior Asisten Ahmad Radzi Hussain berkata, kesemua kenderaan itu ditahan semasa keluar dari susur Lebuh raya Buloh Poh di Kampung Buloh Poh, Melor dekat sini

"Hasil pemeriksaan ke atas tujuh kenderaan itu, kita dapati terdapat 50 orang PATI warganegera Mynamar," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Menurut beliau, daripada jumlah itu 37 adalah lelaki dan selebihnya wanita.

Katanya, semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk tindakan lanjut.