Koop Sahabat dinobat Koperasi Premier Malaysia 2026, terima pengiktirafan tertinggi SKM

LocalBusiness & Finance
9 Jul 2026 • 9:48 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Koop Sahabat dinobat Koperasi Premier Malaysia 2026, terima pengiktirafan tertinggi SKM Image from: Koop Sahabat dinobat Koperasi Premier Malaysia 2026, terima pengiktirafan tertinggi SKM zakisalleh09/07/2026 - 09:48 Sahabat Ar Rahnu merupakan antara portfolio perniagaan utama Koop Sahabat yang komited menyediakan perkhidmatan pajak gadai Islam. Oleh Zaki Salleh editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 Julai - Prestasi terbaik Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad diiktiraf apabila dipilih sebagai Koperasi Premier Malaysia 2026 iaitu anugerah tertinggi daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

 

Anugerah itu diterima pada Hari Koperasi Negara Peringkat Kebangsaan 2026 di PICCA @ Butterworth Arena, Pulau Pinang baru-baru ini.

 

Pengiktirafan tersebut meletakkan koperasi ini dalam kelompok paling cemerlang dan berprestij di Malaysia.

 

Lebih membanggakan, pencapaian ini diraih hanya 14 tahun selepas  penubuhannya pada tahun 2012. 

 

Bisnis
Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Steven Sim (tiga dari kanan) menyampaikan plak cek kepada Mohd Najib (tengah) mewakili Koop Sahabat pada Hari Koperasi Negara Peringkat Kebangsaan 2026 di Pulau Pinang baru-baru ini.
 

 

Ia membuktikan bahawa sebuah koperasi yang diasaskan bagi memperkasa usahawan wanita B40 Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mampu berkembang menjadi antara institusi ekonomi rakyat berjaya.

 

Pengerusi Lembaga Koop Sahabat, Mohd Najib Mohd Noor berkata, pengiktirafan tersebut merupakan hasil dedikasi dan komitmen seluruh keluarga besar Koop Sahabat.

 

Menurut beliau, kejayaan ini melengkapkan rekod cemerlang Koop Sahabat yang mula tersenarai dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia pada tahun 2020.

 

Katanya, Koop Sahabat juga berjaya mengekalkan kedudukannya dalam kelompok 10 koperasi terbaik negara selama enam tahun berturut-turut sehingga dinobatkan sebagai Koperasi Premier Malaysia 2026. 

 

Bisnis
Koop Sabahat menyokong ekonomi golongan usahawan terutama wanita melalui pelbagai sektor perniagaan seperti perhotelan, pertanian dan kosmetik.

 

Bisnis

 

“Kejayaan ini mencerminkan kecemerlangan koperasi daripada aspek tadbir urus, pengurusan, prestasi kewangan, kemampanan perniagaan serta sumbangannya kepada pembangunan sosioekonomi negara.

 

“Lebih bermakna, pencapaian ini juga adalah kejayaan 466,000 anggota usahawan AIM di seluruh negara yang bersama-sama membina Koop Sahabat sehingga menjadi antara koperasi paling berjaya di Malaysia.

 

“Koop Sahabat turut mengekalkan pengagihan dividen 10% secara konsisten mencerminkan prestasi kewangan yang kukuh serta komitmennya dalam mencipta nilai kepada anggota.,” ujarnya dalam satu kenyataan.

 

Koop Sahabat mempunyai nilai aset terkumpul kira-kira RM1 bilion dengan Kumpulan Wang Anggota (KWA) sahaja mencecah RM814.938 juta.

 

Bisnis

 

Portfolio perniagaan Koop Sahabat merangkumi perkhidmatan kewangan Islam, pembangunan hartanah, pelaburan strategik, pelaburan korporat dan pengurusan perbendaharaan. 

 

Antara pemacu utama kejayaan ialah prestasi memberangsangkan perniagaan Sahabat Ar Rahnu sebagai penyedia pembiayaan patuh syariah. 

 

Koop Sahabat turut memperkukuh portfolio pembangunan hartanah melalui penglibatan dalam projek-projek strategik seperti Residensi Madani Serunai di Putrajaya dan Rumah Selangor Ku Shorea Garden Puchong.

 

Turut dibangunkan adalah projek Hotel Fairfield by Marriott di Langkawi iaitu hotel bertaraf antarabangsa dan merupakan projek pertama seumpamanya dilaksanakan oleh sebuah koperasi. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved