Koperal Maut Tertembak Diri Sendiri Dikenal Pasti Ada Masalah Peribadi & Kewangan

LocalPersonal Finance
14 Apr 2025 • 9:49 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Beberapa hari lalu, kecoh mengenai insiden seorang anggota polis berpangkat koperal yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas tertembak diri sendiri semasa sedang bertugas.

Kejadian dikatakan berlaku pada Selasa lalu (8 April), semasa koperal berkenaan berada di pos pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Koperal A Francis berusia 58 tahun itu meninggal dunia selepas dua hari menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Koperal tertembak diri sendiri ada masalah peribadi dan kewangan

Terbaharu, koperal berkenaan dikenal pasti mempunyai masalah peribadi termasuk kewangan berdasarkan siasatan polis sejurus insiden itu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya sudah merakamkan keterangan daripada sembilan individu berkaitan kes terbabit.

Menurutnya, keterangan itu membabitkan beberapa anggota polis yang membuat laporan termasuk yang bertugas pada hari kejadian, bekas isteri, rakan mendiang, pakar perubatan forensik serta pegawai perubatan yang merawat mangsa.

“Mendiang selamat disemadikan, dan pada masa sama, siasatan kes (berjalan) apabila kita merekodkan keterangan daripada beberapa individu untuk proses seterusnya.

“Berdasarkan siasatan, punca mendiang bertindak sedemikian adalah kerana masalah peribadi dan berkaitan kewangan,” katanya dipetik Harian Metro.

Tiada keperluan polis ketatkan SOP penggunaan senjata api

Sebelum ini, Hamzah menjelaskan tiada keperluan bagi polis memperketatkan penggunaan senjata api berkaitan anggotanya.

Jelasnya, prosedur operasi standard (SOP) sedia ada membabitkan penggunaan senjata api dalam kalangan anggota polis memadai untuk diguna pakai.