Koperal mengaku tidak bersalah cederakan tujuh rakan setugas

LocalPolitics
6 Apr 2026 • 3:19 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Seorang anggota tentera diiring ke Mahkamah Majistret selepas didakwa mencederakan rakan setugas di kem Bentong

Seorang anggota tentera berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bentong+ atas tujuh pertuduhan mencederakan rakan setugasnya, termasuk seorang mangsa yang dilaporkan kritikal.

Memetik laporan Kosmo, tertuduh, Sukry Tasu, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Muhammad Aiman Azahan.

Bagi pertuduhan utama, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang anggota di stor senjata Kompeni C, Kem Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja, Bentong pada 30 Mac lalu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi pertuduhan pertama selain memerintahkan supaya tidak mendekati semua mangsa.

Baca juga:

Bagi pertuduhan kedua hingga ketujuh, tertuduh didakwa telah menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Irfan Aiman Mohd Tajudin, 19, Nik Amir Zaqwan Nik Asrizal, 19, Muhammad Syakirin Yaacob, 20, Mohammad Atiqillah Taugek Rashidi, 21, Muhamad Danial Asraf Azizah, 22, dan Muhammad Azman Shah Ismail, 22.

Mahkamah menetapkan jaminan RM2,000 bagi setiap pertuduhan terhadap tertuduh, selain mengarahkan supaya dia tidak menghampiri semua mangsa sepanjang tempoh perbicaraan. Kes itu akan disebut semula pada 18 Mei ini bagi tujuan serahan dokumen.

Terdahulu, Sel Perhubungan Raya Tentera Darat Malaysia (TDM) memaklumkan insiden seorang anggota tentera parah dipukul di kem Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD), Pahang pada Isnin lalu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap kerja pembersihan stor senjata.

The post Koperal mengaku tidak bersalah cederakan tujuh rakan setugas appeared first on The Reporter.

View Original Article