Kopi Saigon tiada kaitan dengan Ahli Parlimen PAS, Siti Mastura

LocalPolitics
8 Dec 2024 • 1:23 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Rangkaian kedai kopi, Kopi Saigon menafikan ia mempunyai kaitan dengan Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad dan menegaskan tidak mempunyai sebarang perhubungan dengan mana-mana parti politik di Malaysia.

Menerusi kenyataannya, Kopi Saigon berkata jenama kedai kopi itu adalah untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

Malah, katanya, kunjungan Ahli Parlimen PAS itu ke salah satu cawangan Kopi Saigon di Penaga, Pulau Pinang baru-baru ini adalah atas inisiatifnya sendiri tanpa sebarang jemputan rasmi.

“Tiada sebarang bayaran atau imbuhan yang diberikan oleh pihak Kopi Saigon.

“Kandungan yang dimuat naik ke akaun media sosial milik beliau sebelum ini juga adalah atas inisiatifnya sendiri untuk mempromosikan perniagaan tempatan di kawasan Parlimen Kepala Batas,’’ katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini terdapat individu di dalam akaun X mendakwa Siti Mastura mendapat komisen 50% daripada setiap cawangan Kopi Saigon selepas beliau memuat naik rakaman di cawangan tersebut, sambil bermesra dengan orang ramai.

Dalam pada itu, Kopi Saigon memberitahu, Siti Mastura telah menurunkan kandungan tersebut akaun media sosial beliau bagi mengelakkan sebarang salah faham atau kekeliruan yang mungkin timbul dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, Kopi Saigon turut meminta pemilik akaun X yang membuat tuduhan berkenaan supaya memadamkan hantaran tersebut.

“Pihak kami telah meminta pemilik akaun tersebut untuk memadam hantaran tersebut bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil bagi melindungi reputasi Kopi Saigon,’’ katanya. - 8 Disember, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved