Kopi Yang Dibru Ala Turki, Ketahui Belalak Addicted Coffee Di Kuching

12 Sep 2022 • 11:39 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kopi menarik ala Turki di Kuching yang anda mesti cuba!

Kopi Yang Dibru Ala Turki, Ketahui Belalak Addicted Coffee Di Kuching. Jika anda penggemar kopi, anda semestinya sentiasa mencari port-port kopi yang berada di sekitar anda.

Bagi anda yang berada di Bandaraya Kuching, anda boleh mencuba Belalak Addicted Coffee yang terletak di Jalan Jalan Bukit Mata dan juga di The Hills, Kuching. Buat teman anda yang tidak gemar dengan air kopi, jangan risau! Di sini juga terdapat air non-caffeinated khas untuk anda.

image is not available
Kopi Yang Dibru Ala Turki, Ketahui Belalak Addicted Coffee Di Kuching. Kredit gambar: FB makansiasitok

Petang-petang camni memang best kalau minum kopi kat siniimage is not available

Belalak Addicted Coffee menyediakan pelbagai pilihan kopi yang dimasak dengan cara ala turki iaitu diletakkan di dalam satu bekas besi, dipanaskan di atas api dan kemudiannya dihidangkan kepada pelanggan.

Anda juga boleh menonton video di bawah untuk melihat proses kopi ini dibuat:

https://www.facebook.com/ilovekchmy/videos/865392297136461/

image is not available
Kredit gambar: FB BelalakAddictedCoffee

Air kopi ada, cucur pun ada!

Terdapat pelbagai variasi kopi yang ditawarkan, iaitu :

  • Kopi Let Berdengah
  • Darkie Dark
  • Kopi Sus (Asian Latte)
  • Coklet Dingin Ngegeh
  • Coklet Goncang
  • Kopi Kos (Americano or Black Coffee)
  • Hutan Hitam
  • Kopi Pong Sus

Mereka juga menghidangkan hidangan minum petang seperti cucur udang yang rangup untuk dipadankan dengan kopi pilihan anda. Jadi sekiranya anda seorang peminat kopi yang setia, anda harus mencuba kopi di Belalak Addicted Coffee ini.

image is not available
Kredit gambar: FB BelalakAddictedCoffee

Lokasi: Food Lounge, The Hills, Kuching / Jalan Bukit Mata, Kuching
Waktu beroperasi: 10am – 9.30pm setiap hari
No telefon: +6016-882 4120

Lagi menarik untuk anda yang mencari ‘street coffee’ yang umph di Kuching. Baca pautan di bawah: