Kopitiam Best Di Kuching, Nikmati Pelbagai Menu Sarapan Pagi Menarik Di Udin, Atai & Chong

12 Feb 2023 • 11:49 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ada pelbagai menu menarik menanti anda di sini.

Kopitiam Best Di Kuching, Nikmati Pelbagai Menu Sarapan Pagi Menarik Di Udin, Atai & Chong. Nama kedai makan unik yang menggambarkan Sarawak, Kopitiam Udin, Atai & Chong ini menjadi salah satu port sarapan pagi kegemaran penduduk tempatan di Kuching.

Beroperasi dari jam 6.30 pagi hingga 3 petang, Udin , Atai & Chong ini menyediakan pelbagai jenis menu sarapan pagi daripada pelbagai jenis mi hingga pelbagai jenis sajian nasi.

image is not available
Kopitiam Best Di Kuching, Nikmati Pelbagai Menu Sarapan Pagi Menarik Di Udin, Atai & Chong. Kredit foto: FB Udin, Atai & Chong

image is not available
Kredit foto: FB Udin, Atai & Chong

Ada pelbagai menu menarik di sini

Korang cakap saja nak makan apa, semua ada di sini. Antara menu yang korang mesti cuba di sini adalah Laksa Sarawak, Mi Kolok, Mee Kampua , Rojak Ayam, Bihun Belacan, Mi Kari, Mee Pok, Nasi Lemak, Nasi Kak Wok, Nasi Daging Thai, Nasi Ayam Penyet dan banyak lagi.

Untuk anda di luar sana yang suka sarapan pagi ringan-ringan sahaja, di sini ada menu set breakfast istimewa iaitu set roti bakar bersama, telur rebus separuh masak bersama Kopi O! Cucur Udang pun ada di sini tau.

image is not available
Kredit foto: FB Udin, Atai & Chong

image is not available
Kredit foto: FB Udin, Atai & Chong

Mulakan hari anda dengan sarapan pagi yang lazat

Sebelum turun mencari rezeki buat keluarga tercinta, apa kata anda mulakan hari anda terlebih dahulu dengan menikmati sarapan pagi yang enak di Kopitiam ini.

Kalau anda ingin singgah ke Udin, Atai dan Chong ini, lokasinya adalah di Jalan Tun Abdul Rahman Ya’akub Riveredge Commercial, Jalan Merdeka, Petra Jaya, 93050 Kuching.

Udin, Atai & Chong hanya tutup pada hari Ahad sahaja.

Lagi port Sarapan pagi best di Kuching untuk anda: