Port Minum Petang Perlu Dicuba, Nikmati ABC Gula Kapong Dan Rojak Di Hometown Ice Kacang Kuching

11 Feb 2023 • 4:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tempat makan ini terkenal dengan ABC gula apong, rojak dan sotong kangkung mereka

Port Minum Petang Perlu Dicuba, Nikmati ABC Gula Kapong Dan Rojak Di Hometown Ice Kacang Kuching. Sekiranya anda berminat untuk mencari port ‘hi-tea‘ terutamanya yang menghidangkan hidangan seperti ais kacang dan rojak, terdapat satu kedai makan anda perlu cuba di Kuching!

Terletak di belakang Mita Cake House, Satok, Hometown Ice Kacang menawarkan pelbagai jenis makanan dan hidangan ringan yang menarik untuk memuaskan keinginan ais kacang anda!

image is not available
Port Minum Petang Perlu Dicuba, Nikmati ABC Gula Kapong Dan Rojak Di Hometown Ice Kacang Kuching

Pelbagai jenis makanan dan minuman sedap menantikan anda di sini

Antara hidangan yang ditawarkan di Hometown Ice Kacang ialah ABC mereka, bihun, rojak, sotong kangkung, chakueh, pisang goreng cheese dan laksa Sarawak.

Anda boleh menikmati minum petang anda di sini dan harga untuk makanan dan minuman yang dihidangkan di sini juga berpatutan.

Sekiranya anda berminat untuk pergi ke sini, berikut adalah info masa operasi mereka:
Lokasi: Belakang Mita Cake House, Satok
Masa operasi: Buka setiap hari, 9AM – 6PM

Lagi di sini: