“Korang Hentam Saya Tak Guna, Saya Boleh Tersenyum…”- Kenyataan Pemandu Bas Sekolah Sebelum Kena Tangkap

LocalPolitics
6 Sep 2024 • 1:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pemandu bas

Sebelum ini seorang individu di aplikasi X berkongsi kebimbangan tentang seorang pemandu bas sekolah yang menjadikan budak sekolah sebagai bahan konten sehingga mendapat lebih 600,000 pengikut.

Dalam satu perkongsian lain, lelaki itu sempat membuat siaran langsung sebelum ditangkap pihak polis pada jam 2.57 pagi tadi. Katanya dengan sombong, dia tidak takut kerana sudah mendapat kebenaran daripada ibu bapa kanak-kanak terbabit.

Korang hentam saya tak guna kalau keluarga diorang tak ambil tindakan kepada saya. Sebab apa, saya pun ada akal macam awak. Saya ada akal sebab dah cakap dekat keluarga diorang.

Kenapa saya boleh tersenyum, boleh happy lagi. Sebab apa? Sebab keluarga diorang, saya bagi tahu awal-awal.- Kata pemandu bas itu dalam siaran langsung di TikTok.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri juga sudah bertindak pantas selepas menyedari aduan dari orang ramai. Beliau juga berterima kasih kepada pihak berkuasa yang pantas bertindak.

image is not available

Pihak polis dalam satu kenyataan juga mengesahkan penahanan lelaki berusia 24 tahun pagi tadi dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

image is not available

image is not available

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Aplikasi X