“Korang Kena Tenang Sebab Ardell Tenang” – Nadzmi Adhwa

WorldEntertainment
3 Oct 2025 • 11:25 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Nadzmi Adhwa memohon orang ramai yang mengikuti perkembangan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) untuk kekal tenang.

Aktor tersebut berpesan agar orang ramai yang bimbang dengan keadaan aktivis GSF untuk bersabar dan tenang kerana dia tahu isterinya, Ardell Aryana memang seorang yang tenang.

Korang kena tenang sebab Ardell tenang. InsyaAllah Ardell balik.

Hantaran itu dikongsikan Nadzmi ketika keberadaan isterinya tidak diketahui dan kapal dinaiki Ardell, Mikeno juga tidak dapat dipastikan statusnya.

 

View on Threads

 

Bagaimanapun, semalam status keberadaan Ardell akhirnya terjawab dan aktres itu telah disahkan ditahan oleh tentera Israel namun berada dalam keadaan selamat.

Ardell bersama 22 lagi rakyat Malaysia antara yang ditahan tentera Israel apabila kapal dinaiki mereka dipintas ketika menghampiri Gaza untuk menyampaikan bantuan makanan, perubatan dan keperluan lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Berita AlHijrah (@beritaalhijrah)

Terdahulu, Kementerian Luar Negeri atau Wisma Putra mengesahkan penahanan rakyat Malaysia yang menyertai misi tersebut dan memaklumkan kesemuanya selamat serta sihat.

Menerusi kenyataan rasmi, Wisma Putra menjelaskan kesemua mereka akan dihantar pulang ke tanah air melalui sebuah negara ketiga dengan jaminan sokongan konsular dan bantuan sewajarnya sehingga mereka tiba di Malaysia.

image is not available 2025-10-03 11:00:19

"Kalau Bukan Anak-Anak Saya Pergi, Siapa Lagi?" - Bapa Kongsi Heliza & Hazwani Helmi Minta Bersedia Sebarang Kemungkinan