“Korang ni meniaga macam mana?” – Lelaki Patah Gigi Makan Popia Goreng Keras

Entertainment
14 Mar 2024 • 4:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular satu video di media sosial tentang kuih pulut panggang yang dimasak hangit sehingga teksturnya menjadi keras.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok menceritakan pengalaman pahitnya makan kuih popia goreng yang keras sehingga membuatkan sebatang giginya patah.

Popia keras sampai gigi patah

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh @ejueju.okodoko di TikTok, dia menunjukkan sebatang gigi miliknya yang telah patah selepas menggigit sebiji popia goreng yang telah dibeli. Dia berasa kecewa dengan peniaga yang tidak tahu memasak tetapi masih menjual makanan itu kepada pelanggan.

Ni gigi aku.. ni popia. Korang ni meniaga macam mana? Kalau tak tahu masak, jangan meniaga.

Di ruangan kapsyen, dia menyatakan 4 biji popia itu dijual dengan harga RM8.

Tumbuk popia dalam lesung batu

Mungkin ada netizen yang tidak percayakannya. Jadi, dia telah makan sebiji lagi popia yang berbaki untuk membuktikan betapa kerasnya makanan itu. Jelas pada reaksi wajahnya, dia tidak dapat menggigit popia itu dengan mudah.

Bukan itu sahaja, dia juga telah menumbuk popia goreng yang digigit tadi di dalam lesung batu. Dapat dilihat rupa popia itu sama sekali tidak hancur dengan baik menandakan tekstur kuih itu amat keras.

Bukan nak sabotaj, tapi tulah realiti. Sengsara aku. Gigi sebatang yang patah ni siapa nak ganti?

Bagaimanapun, dia tiada langsung niat untuk mensabotaj peniaga kuih itu malah berkali-kali juga memesan kepada para peniaga yang lain untuk bersikap jujur.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kecewa dan menceritakan kisah mereka membeli kuih-muih di bazar Ramadan.

image is not available

Keras betul tu sampai gigi boleh patah..

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.