‘Korang ni munafik!’ – Sajad kritik pembeli berebut beli kek tapak kuda guna bahan yang diboikot

Food
22 Jan 2024 • 11:05 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Sebut sahaja makanan viral, sudah pasti ramai yang berlumba-lumba mendapatkannya. Ada yang sanggup beratur panjang sehingga berjam-jam lamanya tanpa mengira keadaan cuaca.

Terbaharu, kek tapak kuda yang menjadi sebutan ramai sehinggakan beberapa pempengaruh dan selebriti juga tidak melepaskan peluang untuk membeli.

Difahamkan, kandungan isian yang digunakan dalam kek tapak kuda adalah seperti matcha crunchy, biscoff crunchy, nutella dan banyak lagi.

Bagaimanapun, pempengaruh, Sajad mempertikaikan penjual yang menggunakan bahan yang diboikot seperti nutella.

@jen.rjane

“aku memang tapakkan kak! aku dekat muk@ korang” JANGAN req sajat buat tapak kuda eh HAHAH @nursajat kamaruz zaman @nursajat23

♬ original sound – . ౨ৎ – . ౨ৎ

“Letak Nutella bagai, Nutella tu bukan brand yang kena boikot ke. Munafik la korang ni.

“Kita patut mengetengahkan makanan Malaysia baru lah benda tu menjadi nostalgia,” katanya.

Di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pendapat Sajad mengenai isu ini. Dikatakan, ramai yang seolah terlupa apabila makanan berkenaan mula tular.

Sumber: TikTok

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved