Lepas Kek Tapak Kuda, Kek Tapak Gajah Pula Jadi Perhatian Ramai [Video]

Entertainment
19 Jan 2024 • 7:12 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Harus diakui, media sosial pada masa kini memainkan peranan penting dalam mempromosikan sesuatu produk khususnya makanan hingga menjadi viral.

Selain daripada cromboloni, kek tapak kuda menjadi antara pastri yang sering mendapat permintaan ramai pada ketika ini.

Lihat sahaja di kebanyakan platform di dalam talian terutamanya di TikTok, kebanyakan kek tapak kuda yang dijual begitu laris hingga ada yang kecewa kerana masih lagi tidak berkesempatan menikmatinya.

Kek Tapak Gajah Pula Jadi Perhatian

Belum reda lagi dengan fenomena kek tapak kuda, muncul pula kek tapak gajah yang mula menjadi bualan ramai.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @capikkkkkk, kelihatan pemuda berkenaan menikmati kek tapak gajah yang sebenarnya merupakan kek tapak kuda bersaiz gergasi.

Difahamkan, kek tapak gajah berperisa Matcha Crunchy itu dibeli daripada seorang peniaga di TikTok dengan harga RM160.

Menerusi video berkenaan, pemuda itu dilihat sangat menikmati kek tersebut dan turut memuji kesedapan kek berkenaan.

Video Dapat Perhatian Warganet

Video yang telah mendapat tontonan lebih 1.4 juta itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata daripada mereka terkejut melihat saiz kek berkenaan yang terlalu besar.

Ada di antara warganet turut meminta dia berkongsikan peniaga yang menjual kek tersebut kerana mahu mencubanya.

Namun, video itu mendapat pandangan berbeza dari pengguna di platform Twitter (X) selepas dikongsikan oleh warganet yang lain.

Segelintir mereka berpendapat bahawa tindakan pemuda berkenaan yang menikmati kek bersaiz besar itu boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya seperti penyakit kencing manis.

Malah, ada di antara mereka yang menasihatkan agar pemuda berkenaan mengawal pengambilan makanan seperti itu.

Berikut antara komen warganet:

“Tiga Hari Makan Belum Tentu Habis”

image is not available

“Ini Boleh Kongsi Satu Kampung”

image is not available

“Yang Tapak Kuda Pun Aku Tak Sempat Beli, Dah Keluar Tapak Gajah”

image is not available

“Wow! Mesti Tak Sabar Nak Cucuk Insulin Setiap Malam”

image is not available

“Korang Ni Tak Takut Ke Makan Manis? Gigi Pun Cepat Rosak”

image is not available

Baca Artikel Berkaitan:

Source: