“Korang pergi town, tak nampak benda ni semua” – Individu Tepis Tanggapan Jalan Di Jepun Semua Bersih

Entertainment
8 May 2024 • 12:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seringkali kita melihat perbandingan persekitaran di Malaysia dengan negara matahari terbit yang dikatakan jauh lebih bersih, sampaikan longkang mereka dijadikan sebagai kolam untuk ikan koi.

Namun begitu, seorang pemuda yang menetap di Jepun menunjukkan sisi lain di negara itu yang mungkin kita tak pernah lihat.

Dalam video yang telah meraih 1.4 juta tontonan dalam masa sehari itu, pemuda yang dikenali sebagai Pokneng ini menunjukkan keadaaan di Osaka, Jepun. Tidak dinafikan lori sampah mereka sangat bersih dan tiada sisa air sampah di atas jalan seperti di Malaysia.

Namun begitu, Pokneng membalas komen netizen yang mendakwa sudah menetap di Jepun selama 20 tahun dan tidak pernah melihat keadaan jalan di Jepun kotor. Malah dakwa netizen ini lagi, mungkin kekotoran itu berpunca daripada rakyat Malaysia yang menetap di sana.

Bagi menepis dakwaan netizen tersebut, Pokneng menunjukkan keadaan di sepanjang perjalanannya yang terdapat sampah bersepah bahkan keadaan di longkang juga begitu kotor dan dipenuhi dengan sampah sarap.

“Yang korang pergi tu banyak pergi town, jadi korang tak nampak benda-benda ni semua. Ada je orang buang sampah tepi jalan, banyak. Sebenarnya yang ditonjolkan di media sosial, semuanya yang baik-baik, sama juga macam diaorang punya media, takkanlah diaorang nak tunjuk tempat diaorang tak best, sama lah kita di Malaysia.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai neizen yang menyokong Pokneng dengan mengatakan bahawa terdapat sisi gelap di Jepun yang mungkin ramai yang tak tahu.

image is not available image is not available

Hurm, tapi kita pandang dari sudut yang baik je lah. Dari segi kemajuan, mereka jauh kedepan. Apapun, bagi min setiap negara pasti akan ada sudut positif dan negatif mereka tersendiri.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.