Korang Sekarang Dah Boleh Dapatkan Insurans Guna KWSP Melalui Program i-Lindung!

12 Jul 2022 • 3:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kos perubatan mahu pun kos sara hidup boleh menjadi bebanan kepada ahli keluarga sekiranya berlaku apa-apa yang tak diingini. Sebab tu penting untuk kita dapatkan insurans bagi menjamin sebarang kemungkinan.

Disebabkan ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pun melancarkan platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli bagi membolehkan pencarum membeli pelan perlindungan diri menggunakan Akaun 2.

Memetik laporan dari Sinar Harian, Menteri Kewangan Tengku Datu Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengatakan, platform ini diperkenalkan bagi membantu ahli KWSP untuk menghadapi situasi di luar kawalan.

image is not available

Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan tidak akan membebankan ahli menerusi syarikat insurans dan pengendali takaful yang disediakan oleh KWSP.

Ini merupakan satu titik tolak yang penting bagi melindungi rakyat Malaysia serta keluarga masing-masing daripada risiko kematian, kehilangan upaya secara menyeluruh dan penyakit kronik.

“Pelan tersebut dapat menggantikan pendapatan atau menyediakan simpanan tambahan sekiranya ahli menghadapi sebarang musibah. Paling penting, perlindungan ini boleh diperoleh dengan sumbangan premium berjumlah beberapa ringgit sebulan menerusi syarikat insurans dan pengendali takaful dalam platform KWSP.”

Untuk pengetahuan korang, i-Lindung turut menyediakan platform khas untuk memudahkan korang buat perbandingan dan memilih perlindungan diri yang bersesuaian.

image is not available

Di platform ini, korang boleh dapatkan proses yang lancar tanpa memerlukan pemeriksaan kesihatan, sebut harga produk yang ditawarkan, kemudahan akses untuk mendapatkan maklumat serta paparan sijil yang dibeli secara keseluruhan. Wow senangnya…

image is not available

Manakala jenis perlindungan yang ditawarkan pula adalah merupakan perlindungan hayat dan perlindungan penyakit kritikal.

Korang hanya perlu memenuhi kelayakan iaitu warganegara Malaysia, mempunyai baki yang mencukupi dalam Akaun 2 KWSP dan merupakan pengguna i-Akaun (Ahli).

Lepas ni tak payahlah pening kepala lagi nak bayar insurans!

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.