
Penggunaan pengangkutan awam dilihatkan semakin diguna oleh orang ramai sebab mudah untuk ke mana-mana dan menjimatkan masa. Sebabkan itu juga, kebanyakan pengguna lebih gemar gunakan kemudahan tersebut.
Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini boleh dikatakan pelbagai masalah teknikal yang melibatkan LRT, KTM dan juga MRT sehingga menyebabkan ramai yang kerap terkandas untuk masa yang lama.
Ekoran itu, seorang lelaki kongsikan thread di Twitter miliknya yang mendedahkan keadaan sebenar di sebuah stesen LRT laluan Kelana Jaya sehingga menyebabkan ramai yang boleh relate.
Cakap pasal maintenance culture, aku nak open table jap.
Ni berkenaan salah satu stesen LRT KJ Line yang aku pernah naik waktu malam. Aku nak korang judge sendiri keadaan dia.@AskRapidKL @SyedSaddiq@transitmy @weekasiongmp @syahredzan @nektime_
[Bebenang] https://t.co/Alf24myFR1 pic.twitter.com/T8KBH0ncW5
— HRH The Duke of Taipan (@HarizRahim) June 15, 2022
“Ni bukan stesen lama tau”
Apa yang lebih mengejutkan adalah gambar dan juga video yang dikongsikan adalah stesen di tempat yang baru beroperasi kurang dari 10 tahun namun keadaannya sedikit menyedihkan kerana gelap dan kelihatan lusuh.
“Take note yang stesen ni bukan stesen LRT yang lama, ni stesen baharu di bawah projek LRT extension zaman PM6, surely korang akan expect stesen baru (tak sampai 10 tahun) kemudahan semua memuaskan.” – Tulis lelaki itu
“Lampu semua tak hidup, siap boleh kira dengan jari”
Lelaki ini juga meluahkan rasa bimbangnya kepada pengguna terutamanya bagi kaum wanita dan juga warga emas yang akan habis kerja lewat kerana kemungkinan untuk berlakunya kejadian yang tak diingini sangatlah tinggi.
Perkongsian thread ini juga telah mendapat perhatian ramai kerana rata-rata meminta agar kerosakan itu diperbaiki dalam kadar segera supaya keselamatan orang awam yang baru pulang dari kerja akan lebih terjamin.
Kalau korang nak baca sambungan thread lelaki ni kat sini.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
