Korban di Sudan Meningkat Kepada 528 Orang

30 Apr 2023 • 12:12 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pertempuran terbaharu meletus pada Sabtu walaupun gencatan senjata selama tiga hari. - Gambar AFP

KHARTOUM - Jumlah korban di Sudan akibat pertempuran berterusan antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) meningkat kepada 528 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu.

Sementara itu, seramai 4,599 orang lagi cedera dalam keganasan yang berlaku dari 15 April hingga 27 April, lapor Agensi Anadolu.

Menurut kementerian itu, 12 daripada 18 negeri di Sudan telah menyaksikan pertempuran antara dua musuh yang bertelagah itu.

Pertempuran terbaharu meletus pada Sabtu walaupun gencatan senjata selama tiga hari.

RSF dalam satu kenyataan mendakwa telah menembak jatuh sebuah pesawat tentera di Omdurman.

Angkatan Tentera Sudan belum memberikan sebarang komen mengenai dakwaan itu.

Beribu-ribu orang termasuk warga asing telah meninggalkan Sudan sejak tercetusnya keganasan. - Bernama/Anadolu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved