Korban tanah runtuh meningkat 51 orang

31 Jul 2026 • 8:49 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Korban tanah runtuh meningkat 51 orang

BEIJING – Angka kematian akibat tanah runtuh di barat daya China awal bulan ini meningkat kepada 51 orang, dengan 10 mangsa masih hilang, kata pihak berkuasa semalam.

Tanah runtuh yang berlaku pada 17 Julai di Daerah Pengshui, wilayah Chongqing itu menghanyutkan beberapa bangunan kediaman di kaki gunung dan sepanjang tebing sungai.

Rakaman media pemerintah menunjukkan timbunan besar batu dan tanah menimbus kawasan perumahan serta jalan raya.

“Setakat ini (semalam), 51 orang ditemukan dan disahkan maut, manakala 10 lagi masih hilang

“Dalam bencana ini, lebih 1,100 orang berjaya dipindahkan dengan selamat,”  kata beberapa pegawai Pengshui di media sosial lewat semalam sambil menambah, 10 mangsa telah dikeluarkan, termasuk tiga  dimasukkan ke hospital.

Operasi mencari dan menyelamat besar-besaran dilancarkan melibatkan lebih 1,080 pekerja  penyelamat.

Mereka  berdepan cabaran serius semasa operasi mencari dan menyelamat  selama 325 jam itu, termasuk bongkah batu besar, perubahan ketinggian, ruang  sempit dan suhu tinggi. – AFP

 

The post Korban tanah runtuh meningkat 51 orang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved