Lelaki dikejar kes langgar lari positif dadah

31 Jul 2026 • 11:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki dikejar kes langgar lari positif dadah

YAN – Cubaan seorang lelaki melarikan diri selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari berakhir apabila dia ditahan selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan kedua di Guar Chempedak, di sini semalam.

Suspek berusia 51 tahun itu ditahan beberapa orang awam yang mengejarnya menggunakan lima kenderaan selepas Perodua Viva dipandunya merempuh sebuah lori di persimpangan lampu isyarat kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah berkata, pihaknya mengesan satu video tular memaparkan kemalangan membabitkan sebuah Perodua Viva dan sebuah lori.

“Video berdurasi 23 saat itu menunjukkan beberapa orang awam menarik keluar pemandu Perodua Viva sambil menuduh lelaki terbabit cuba melarikan diri selepas melanggar seorang penunggang motosikal di Kampung Titi Batu, Dulang Kecil, Yan.

“Polis kemudian ke lokasi kejadian dan menahan semula suspek selepas dia mengaku memandu di bawah pengaruh dadah,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, ketika ditahan, suspek mengalami kecederaan pada bahagian mulut serta mendakwa kecederaan itu akibat dipukul orang awam yang mengejar dan menahannya.

“Saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori juga mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah,” ujarnya.

Beliau turut meminta orang awam yang terlibat dalam kejadian itu agar tampil bagi membantu siasatan dan mengenal pasti motif sebenar insiden berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki dikejar kes langgar lari positif dadah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved