Korea Ketatkan Undang-Undang Pengintipan Elak Rahsia Semikonduktor, Bateri dan AI Dicuri

WorldTechnology
14 Sep 2026 • 1:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Korea Selatan mengetatkan undang-undang pengintipan yang kini semua negara asing, bukan hanya Korea Utara, bagi melindungi teknologi strategik seperti semikonduktor, skrin, bateri dan kecerdasan buatan. Menerusi RUU baharu, kesalahan pengintipan untuk negara asing membawa hukuman minimum penjara 3 tahun.

Image from: Korea Ketatkan Undang-Undang Pengintipan Elak Rahsia Semikonduktor, Bateri dan AI Dicuri

Sebelum undang-undang diubah, kesalahan pengintipan melibatkan negara selain Korea Utara hanya boleh didakwa di bawah undang‑undang rahsia perdagangan atau teknologi industri dengan hukuman yang dikenakan adalah lebih ringan.

Perubahan ini dilakukan selepas beberapa kes berprofil tinggi melibatkan lima bekas pekerja Samsung memindahkan teknologi memori kepada syarikat China CXMT. Sebelum itu Samsung juga mendakwa teknologi OLED mereka dicuri oleh syarikat BOE yang kemudiannya diselesaikan di luar mahkamah tahun lalu.

Sumber – Reuters

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved