Korea Selatan tersingkir dari Piala Dunia

FootballSports
28 Jun 2026 • 9:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Korea Selatan tersingkir dari Piala Dunia
Reaksi Penyokong Korea selepas pasukan itu tewas 0-1 kepada Afrika Sekatan. FOTO: Agensi

HARAPAN Korea Selatan untuk mara ke pusingan 32 Piala Dunia 2026 akhirnya lenyap selepas Republic Demokratik Congo menewaskan Uzbekistan 3-1 dalam aksi terakhir Kumpulan K di Stadium Atlanta pada Ahad.

Kemenangan itu menyaksikan Congo menamatkan saingan di tempat ketiga kumpulan dengan satu kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan, mengumpul empat mata sekali gus mengesahkan slot ke pusingan kalah mati sebagai antara lapan pasukan tempat ketiga terbaik.

Situasi tersebut secara automatik menutup peluang Korea Selatan untuk berada dalam kelompok lapan pasukan tempat ketiga terbaik daripada 12 kumpulan, walaupun masih terdapat baki perlawanan Kumpulan J membabitkan Austria menentang Algeria yang berlangsung pada hari sama.

Ia sekali gus menyaksikan kempen Piala Dunia 2026 menjadi detik pahit buat Korea Selatan dalam edisi pertama format 48 pasukan dengan pusingan 32, apabila mereka gagal melangkah ke peringkat kalah mati.

Dalam aksi sebelum ini, Korea Selatan tewas kepada Afrika Selatan di Stadium Monterrey, Guadalupe berhampiran Monterrey, Mexico dengan ketua jurulatih Hong Myung-bo dilihat kecewa di tepi padang sambil memegang kepalanya ketika pasukan bergelut mencari rentak.

Kegagalan itu menamatkan kempen Taegeuk Warriors lebih awal daripada sasaran, sekali gus mencetuskan kekecewaan dalam kalangan penyokong yang mengharapkan penampilan lebih meyakinkan di pentas dunia kali ini.

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved