Korea Utara lancar SRBM ke Laut Timur

1 Jan 2023 • 11:20 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEOUL: Korea Utara melancakan peluru berpandu balistik jarak dekat (SRBM) ke Laut Timur pada Ahad, memetik Tentera Korea Selatan.

Ketua Turus Bersama (JCS) berkata pihaknya mengesan satu peluru berpandu dilancarkan dari Ryongsong di Pyongyang pada 2.50 pagi yang merentasi kira-kira 400 kilometer sebelum ia jatuh ke laut.

Ia merupakan satu lagi tindak balas terhadap pelancaran roket bahan dorong pepejal oleh Seoul pada Jumaat, lapor Yonhap memetik pemerhati Korea Utara.

Pada Sabtu, Korea Utara turut dilaporkan menembak tiga SRBM dari Daerah Chunghwa, di selatan Pyongyang, ke Laut Timur.

Pihak tentera Korea Selatan mengkategorikan pelancaran roket itu sebagai SRBM berdasarkan jarak dan trajektorinya.

Setakat tahun lepas sahaja Korea Utara telah melancarkan sekitar 70 ujian peluru berpandu balistik.-Bernama