Pesawat tentera udara Korea Selatan terhempas dua juruterbang selamat

26 Dec 2022 • 1:12 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

HOENGSEONG (Korea Selatan): Dua juruterbang terselamat dalam insiden pesawat ringan KA-1 terhempas di daerah timur laut pada Isnin, menurut Tentera Udara Korea Selatan.

Pesawat itu terhempas di daerah Hoengseong, kira-kira 140 kilometer ke timur Seoul, pada 11.43 pagi sejurus berlepas dari pangkalan udara di bandar Wonju.

Tiada kerosakan membabitkan kediaman awam dilaporkan setakat ini, lapor Agensi Berita Yonhap.

Juruterbang telah dipindahkan ke hospital berdekatan, menurut pegawai tentera.-Bernama