Korum mesyuarat MPT Bersatu tidak perlu dijadikan isu - Marzuki

LocalPolitics
13 Jul 2026 • 11:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Korum mesyuarat MPT Bersatu tidak perlu dijadikan isu - Marzuki
Marzuki

SHAH ALAM - Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki menegaskan isu membabitkan korum mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu tidak seharusnya dipolemikkan.

Beliau berkata, perkara itu tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan parti.

Menurutnya, Bersatu merupakan sebuah pertubuhan politik yang tertakluk kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan parti telah diluluskan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

"Penetapan jumlah korum mesyuarat MPT termaktub dalam Perlembagaan Bersatu.

"Maka, yang perlu ditafsirkan ialah Perlembagaan Bersatu, bukan peraturan atau undang-undang lain," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Jelas beliau, Fasal 27 Perlembagaan Bersatu menyatakan jika berbangkit sebarang pertikaian mengenai perlembagaan parti, tafsiran yang diberikan oleh MPT adalah muktamad.

Terdahulu, empat Ahli Parlimen Bersatu menghantar aduan rasmi kepada RoS berhubung status ahli MPT parti itu yang didakwa sudah hilang korum.

Berdasarkan satu surat yang dilihat oleh Sinar Harian, masalah itu berpunca daripada tindakan pemecatan, penggantungan dan perletakan jawatan oleh lebih separuh ahli MPT parti tersebut.

Sebelum ini, Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin pada 11 Julai lalu, menyatakan jumlah terkini ahli MPT Bersatu kini tinggal 23 orang daripada jumlah asal iaitu 49 orang.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved