Kos Baiki Jalan Raya Rosak Seluruh Malaysia Cecah RM4 Bilion, KKR Rancang Baiki Secara Berperingkat

LocalPolitics
20 Jun 2025 • 2:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa proses pembaikan jalan raya berbahaya di seluruh negara akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan keutamaan diberikan kepada laluan yang mengalami kerosakan kritikal.

Memetik laporan Bernama, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengenal pasti keperluan pembaikan bernilai hampir RM4 bilion.

image is not available

gambar hiasan

Walau bagaimanapun, atas faktor kekangan kewangan, penambahbaikan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Kita sudah ada data lengkap mengenai jalan-jalan berbahaya dan keperluan kewangan. Kalau nak baiki semua sekali gus, kita perlukan RM4 bilion. Memandangkan kita tak ada peruntukan itu, kita terpaksa lakukan secara berperingkat.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan penambahbaikkan laluan Gerik-Jeli Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) telah pun dirancang tahun ini.

Projek ini melibatkan pemasangan 385 lampu jalan dan penandaan garisan jalan bagi meningkatkan tahap penglihatan dan keselamatan, dengan kos sebanyak RM55 juta.

Menurutnya lagi, kementerian telah mengenal pasti jalan-jalan yang berada dalam keadaan paling teruk melalui data sedia ada, dan kerja pembaikan akan dilakukan mengikut keutamaan.

image is not available

gambar hiasan

Kita tahu jalan mana yang rosak teruk, dan kita akan utamakan yang itu. Jalan yang rosak tetapi tidak kritikal akan diuruskan kemudian.

Bagi membantu proses membuat keputusan, kementerian turut menggunakan kaedah Penilaian Keadaan Turapan (PCA) untuk mengenal pasti kawasan yang perlu diberi perhatian segera.

Bagi laluan JRTB Gerik-Jeli, penilaian PCA telah dijalankan dari 13 Mac hingga 13 Mei, menggunakan teknologi canggih seperti Multi Laser Profiler (MLP) dan Falling Weight Deflectometer (FWD).

Dalam masa yang sama, kementerian turut terbuka menerima maklum balas daripada orang awam berkenaan pemasangan penghadang jalan di lokasi yang dikenal pasti berisiko tinggi.

Kita mengambil kira semua pandangan, daripada orang awam, netizen, dan pihak berkepentingan yang berkaitan. Kita akan menilai setiap cadangan dengan teliti.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 1 week ago

Nahas Pelajar UPSI: JKR Umum 385 Lampu Solar Akan Dipasang Di Laluan Gerik-Jeli