Servis JPJ 'Mati Sementara' Mula Malam Ini, 20 Hingga 22 Jun

LocalTechnology
20 Jun 2025 • 12:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memaklumkan akan berlaku gangguan perkhidmatan berjadual di seluruh negara susulan kerja-kerja penyelenggaraan perkakasan keselamatan atau safety hardware rangkaian di Pusat Data JPJ di Cyberjaya.

Penyelenggaraan Bermula Malam Ini Hingga Ahad

Kerja-kerja penyelenggaraan ini dijadualkan bermula jam 10 malam, 20 Jun 2025 (Jumaat) dan akan berakhir pada 6 pagi, 22 Jun 2025 (Ahad). Sepanjang tempoh ini, semua perkhidmatan JPJ, sama ada secara digital mahupun fizikal, tidak dapat diakses oleh orang ramai.

Perkhidmatan Terjejas

Antara perkhidmatan yang terlibat dalam gangguan ini termasuk:

Semua pejabat JPJ negeri, cawangan dan Pusat Transformasi Bandar (UTC)Portal MySIKAP (untuk pengguna awam dan perniagaan)Platform bersepadu yang digunakan agensi dan rakan perniagaanPortal Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) dan pembayaran Caj Jalan (RC) melalui e-WalletAplikasi mudah alih MyJPJPerkhidmatan JPJ MobileJPJeBID (bidaan nombor plat kenderaan secara dalam talian)Kiosk layan diri JPJ

Tujuan Penyelenggaraan Besar-Besaran Dilaksanakan

Menurut kenyataan rasmi JPJ di media sosial, penyelenggaran besar-besaran ini amat penting dilaksanakan bagi memperkukuh keselamatan dan meningkatkan kebolehpercayaan infrastruktur data utama JPJ.

Penyelenggaraan ini bertujuan memastikan semua sistem keselamatan berfungsi secara optimum dan meningkatkan daya tahan operasi digital JPJ pada masa hadapan.

JPJ memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul sepanjang tempoh gangguan ini. Orang ramai dinasihatkan untuk merancang urusan lebih awal dan menyelesaikan sebarang transaksi penting sebelum gangguan bermula.