Kos Cecah RM60 Ribu, Perkahwinan Anjing Ini Dikecam Kerana Didakwa Membazir

Entertainment
21 Jul 2023 • 2:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular mengenai sepasang anjing dikahwinkan dalam satu upacara di Indonesia yang menelan belanja lebih RM60,000.

Dalam majlis yang berlangsung di sebuah pusat membeli-belah di Jakarta, dua anjing jenis Alaskan Malamutes disarungkan pakaian tradisional Jawa dengan dihadiri kaum keluarga pemilik.

Difahamkan, pasangan anjing itu yang masing-masing bernama Jojo dan Luna dipadankan oleh pemilik masing-masing. Jojo dan Luna telah pun mengikat tali pertunangan sebelum ini iaitu pada bulan Mei lepas.

Perkahwinan palsu itu berkonsepkan majlis perkahwinan masyarakat Jawa sehingga turut dibawa seorang jurunikah khas yang bertindak menyatukan ikatan ‘perkahwinan’ pasangan anjing berkenaan.

Perkahwinan anjing dikecam

Namun, perkahwinan mewah anjing itu mendapat reaksi negatif warganet Indonesia kerana dianggap membazir serta menghina budaya Indonesia dan Jawa.

Berikutan itu, kedua-dua pemilik anjing membuat permohonan maaf secara umum bagi meredakan kekecohan umum.

“Kami amat menyesal dan ingin memohon maaf kepada orang Jawa dan semua rakyat Indonesia yang tidak selesa dan terluka dengan peristiwa itu,” kata pemilik anjing.

image is not available

Indonesia adalah antara negara terperangkap dalam pengagihan kekayaan yang paling tidak sama rata di dunia.

Mereka yang menunjuk-nunjuk dan bermegah dengan kekayaan sering dikritik kerana terdapat jurang pendapatan yang semakin besar di negara itu.

Walaupun pemilik anjing mendakwa perkahwinan itu diadakan untuk mempromosikan budaya Jawa, tapi rakyat Indonesia tetap mengkritik perkahwinan anjing yang menelan belanja yang besar.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.