Kos diesel hampir RM60,000 sehari, KDEBWM perketat pemantauan lori kontraktor

LocalBusiness & Finance
30 Sep 2026 • 2:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kos diesel hampir RM60,000 sehari, KDEBWM perketat pemantauan lori kontraktor

SHAH ALAM, 30 SEPT: KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) memperkenalkan sistem kad pintar bagi memantau penggunaan diesel lori kontraktornya susulan kos bahan api yang mencecah hampir RM60,000 sehari.

Pengarah Urusannya, Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata penggunaan Caltex StarCard membolehkan syarikat meneliti lokasi, masa dan jumlah diesel yang diisi bagi setiap lori.

Image from: Kos diesel hampir RM60,000 sehari, KDEBWM perketat pemantauan lori kontraktor
Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir bertukar dokumen perjanjian ketika majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik KDEB Waste Management bersama Chevron/Caltex (Pelaksanaan Starcard) di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam pada 30 September 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Kalau dahulu kita beri wang tunai kepada pemandu, mungkin ada keadaan minyak yang sepatutnya diisi penuh tetapi tidak diisi penuh hingga menyebabkan kerugian dan ketirisan.

“Dengan kad ini, kita boleh analisis sama ada lori benar-benar digunakan untuk kawasan seliaan atau bagi tujuan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik KDEB Waste Management dan Caltex Malaysia di Selangor International Trade Centre, hari ini.

Ramli berkata kira-kira 500 lori menggunakan sehingga 10,000 liter diesel sehari dengan purata harga RM5.43 seliter.

Menurutnya, setiap lori bergerak sekitar 80 hingga 100 kilometer sehari bagi operasi kutipan sampah sebelum dihantar ke tapak pelupusan.

Image from: Kos diesel hampir RM60,000 sehari, KDEBWM perketat pemantauan lori kontraktor
Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir bercakap kepada media selepas majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik KDEB Waste Management bersama Chevron/Caltex (Pelaksanaan Starcard) di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam pada 30 September 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Beliau berkata sebanyak 452 subkontraktor menerima kad berkenaan untuk digunakan di 92 stesen Caltex di seluruh Selangor.

“Penggunaan diesel boleh dipantau secara harian, mingguan dan bulanan, selain membantu subkontraktor mengurus kos dengan lebih baik,” katanya.

KDEBWM turut membuka peluang kerjasama dengan syarikat bahan api lain bagi memudahkan operasi kira-kira 1,300 lori kontraktornya di seluruh Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved